Sunday, September 26, 2010

Media mahu kawal langganan berita iPad

CHICAGO - Penerbit akhbar disaran mengawal perkhidmatan langganan berita yang ditawarkan oleh iPad dan peranti digital lain, Rabu lalu.

Syarikat pengeluar iPad, Apple dilaporkan mempergiat usaha untuk melancarkan langganan perkhidmatan surat khabar, yang dipercayai dapat membendung media cetak daripada mengalami kerugian akibat penurunan jualan.

Apple pada masa ini menawarkan perkhidmatan akhbar digital, The New York Times secara percuma, selain menjual beberapa majalah.

Syarikat itu juga membenarkan beberapa penerbit, seperti The Wall Street Journal untuk mengawal langganan edisi iPad surat khabar itu.

Selain itu, pembahagiaan hasil jualan langganan dan iklan juga menjadi isu dalam rundingan antara Apple dan media.

Menurut laporan, sistem pembahagian yang diguna pakai sekarang membolehkan Apple mengambil 30 peratus daripada hasil langganan dan sehingga 40 peratus hasil jualan iklan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: