|
|
YOUNGSTOWN, Ohio 23 Sept. - Pemain gitar kumpulan Rolling Stones, Ronnie Wood berkata, dia berasa senang melihat hasil seninya dipamerkan di sebuah galeri di Ohio berbanding berselerak di studionya.
Menurutnya, di studio, lukisannya, pen dan pensil melukis serta lukisan campuran media dilihat 'seperti setem' berbanding ketika dipamerkan di Institut Butler Seni Amerika di sini, yang bermula sejak Selasa lalu.
Institut tersebut berkata, pameran itu adalah yang pertama bagi Wood di sebuah muzium besar Amerika yang akan berlangsung sehingga 21 November ini.
Akhbar Youngstown, The Vindicator melaporkan semalam, pameran tersebut keseluruhannya terdiri daripada potret selebriti termasuk ahli kumpulan Rolling Stone yang lain seperti Mick Jagger, Keith Richards dan Charlie Watts.
Pameran itu menarik minat ramai peminat kumpulan Rolling Stone termasuk Lena Natale yang sanggup memandu selama empat jam dari Pennsylvania ke Ohio.
kenapa hanya gitariss saja yg di pamerkan?
ReplyDelete