KUALA LUMPUR – Pelaksanaan mewajibkan lesen barangan runcit yang berkuat kuasa mulai 1 Julai lalu terbukti berkesan kerana tiada aduan mengenai kekurangan bekalan sepanjang musim perayaan baru-baru ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini membuktikan pelaksanaannya merupakan satu usaha berkesan.
“Kita tidak menerima sebarang aduan berhubung masalah kekurangan barang kawalan seperti gula sepanjang bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri lalu,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: