|
|
SUNGAI PETANI - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Ketua Polis Daerah Temerloh yang tertembak rakan semasa memburu landak di Lanchang, Pahang pada Sabtu lepas telah ditukarkan.
Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memudahkan siasatan kes yang dibuat mengikut prosedur biasa polis tanpa sebarang pengecualian sekalipun melibatkan pegawai kanan polis.
"Tindakan tatatertib sewajarnya juga akan dikenakan selepas siasatan insiden itu siap tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: