Friday, September 3, 2010

Kisah Sebenar Isu Nelayan Malaysia Kena Tangkap!

image Pada 14 Ogos 2010, satu laporan Polis telah dibuat oleh adik salah seorang nelayan yang ditahan menyatakan bahawa beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon +6281270228267 yang tertulis “Tolong kirim RM1,000 Untuk taikong Melayu untuk tiga orang Cina RM 2,500, jadi semua RM 3,500. Kirim lewat western union atas nama Harun No KTP 2171071708659006, Alamat: Tanjung Piayu sei Beduk, Batam. Ok?.

Siasatan awal PDRM mendapati nombor telefon tersebut juga turut disimpan dalam telefon bimbit milik tiga pegawai penguat kuasa KKP. Pada 16 Ogos 2010, lima pegawai dari Konsulat Jenderal Republik Indonesia telah datang ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi membincangkan urusan pembebasan tiga pegawai penguatkuasa KKP.

Pegawai tersebut juga dibenarkan menemui tiga penguat kuasa tersebut di lokap IPD Kota Tinggi. Pada 17 Ogos 2010, pukul 9.20 pagi, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi telah menyerahkan tiga pegawai penguat kuasa KKP kepada Jonas L. Tobing, wakil Konsulat Republik Indonesia.

Pembebasan ini dibuat setelah beberapa siri rundingan diplomasi, siasatan kes telah selesai dijalankan dan bagi menjaga hubungan baik Malaysia dan Indonesia.

Malaysia telah mengemukakan Nota Bantahan Diplomatik ke atas tindakan pencerobohan dan penahanan 7 nelayan Malaysia oleh bot Dolphin 015 milik KKP.

Tindakan ini merupakan satu pencabulan ke atas integriti dan kedaulatan wilayah Malaysia.

Sejak 2005 hingga Ogos 2010, terdapat 12 kes pencerobohan bot dan kapal Pihak Berkuasa Indonesia dalam perairan Johor sahaja.

Nelayan tempatan yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia kerap menjadi mangsa peras ugut dan diminta membayar sejumlah wang bagi membebaskan nelayan yang ditahan.

Insiden seumpama ini akan berulang di masa hadapan khususnya dalam musim perayaan yang akan disambut tidak lama lagi.

Pihak Berkuasa Malaysia komited dan akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dalam kawasan perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru 1979 ke atas sebarang pencerobohan dalam perairan negara.

Pihak nelayan hendaklah memberikan kerjasama dengan terus membuat laporan kepada Pihak Berkuasa mengenai insiden yang berlaku supaya tindakan yang cepat dan berkesan dapat diambil sewajarnya.

Di samping itu, tindakan-tindakan yang diambil oleh pegawai penguatkuasa KKP Indonesia semasa berada di dalam bot nelayan telah menimbulkan keraguan dan mengukuhkan lagi pandangan bahawa insiden ini adalah angkara pihak dan individu daripada agensi berkenaan menggunakan kedudukan mereka demi kepentingan masing-masing.

Keberadaan mereka di atas bot nelayan dan tindakan menanggalkan pakaian seragam serta menyorok di dalam bilik enjin jelas menunjukkan bahawa mereka telah melakukan pelbagai kesalahan dan berusaha untuk menggelak daripada dikesan oleh pihak PDRM.

Usaha untuk membuat pertukaran tujuh nelayan dan tiga pegawai KKP oleh ketua bot Dolphin 015 dalam tempoh beberapa jam setelah kejadian dilihat sebagai inisiatif persendirian beliau untuk menutup insiden berkenaan.

14 comments:

  1. Memang Indon bangsa perompak....tengah laut pun nak merompak. Lepas ni jangan harap aku nak melawat bandung lagi...silap2 aku dengan keluarga pula kena peras ugut!

    ReplyDelete
  2. Pihak Kerajaan Indo Sial perlu perjelaskan hakikat ini kepada semua rakyatnya yang dhaif itu!Buat Tayangan Perdana secara percuma di seluruh pelosok kampung mengenai isu ini.Jelaskan sejelas-jelasnya kerana rakyatnya yang sengal bengal lebih ramai dari yang cerdik!

    ReplyDelete
  3. eh....siapa yang suruh ke bandung weks..!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. helo, kiter orang malaysia takdela buat camtu kat nelayan indon tau!, dah la dtg negara orang jadi perompak, peragut dan menimbulkan byk jenayah, dah tu putar belit plak kebenaran. kebenaran yang sebenar, kitorang malaysia ni takdelah suka buat demo dan kerosakan mcm kat indon tu. dahlah kbyakan indon yg dtg cni dtg secara haram.

    ReplyDelete
  5. some more to add, negara indon suka buat rasuah. ada kes sikit, rasuah utk terlepas. yang miskin tetap miskin dan yg kaya bertambah kaya dengan memeras tenaga orang susah.

    ReplyDelete
  6. mcm kes dlm kapal pelayaran gaza jek.YAhudi ker...

    ReplyDelete
  7. Yg pakai uniform tu pegang senapang blh la nak blagak. Jom pakai tangan la nak tau sape yg pecah muka dulu...!

    ReplyDelete
  8. maaf sebelumnya, darimana saudara penulis dapat data2 yang ditulis di atas, apakah dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya?
    Terima kasih.
    salam hangat dari Republik Indonesia.

    ReplyDelete
  9. lancau lah indon....lu mau apa ha. lu memang menyusahkan lah..

    ReplyDelete
  10. xpayah bg salam hangat2 tahi ayam la...tgok dlm gmbar tu pon askor korg dok pijak tahanan..cis..pura2 baik konon

    ReplyDelete
  11. bro.. makan penerajang bagi org indon ni makanan harian mcam sarapan, m/thgh dan m/ malam .....yang dlm gambar rasan kkp tu kasi tengah massage pada nelayan malaysia agaknya....

    ReplyDelete
  12. INDONESIAL...
    SO stupid...
    lalala...

    ReplyDelete
  13. rakyat indonesia,

    kamu tu nak hangat2 apa? yg bakar2an tu kamu, yg pijak2 bendera tu kamu, yg baling2 tahi tu kamu, yg baling2 telur tu kamu, yg pijak tahanan tu kamu, yg tunjuk jari tengah tu kamu..so kamu mau marah kami buat apa? kami disini releks saja.. shopping2.. minum2 petang.. main bowling, tgk wayang..releksssssss saja..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: