Tuesday, September 7, 2010

Jason Sudeikis Bercinta Dengan January Jones

Jason Sudeikis, (kiri) dan January Jones hadir ke The Governor's Ball susulan The 62nd Primetime Emmy Awards pada 29 Ogos lalu di Los Angeles.

PELAKON dari Amerika Syarikat, Jason Sudeikis mengesahkan dia sedang bercinta dengan pelakon Januari Jones.

Sudeikis menegaskan bahawa Jones adalah seorang kekasih yang ideal. Dia berasa sangat serasi dengan kekasihnya.

Katanya, dia sukar menemui keserasian itu bersama orang lain.

"Misalnya kadang-kala orang lain salah faham tentang jenaka kita. Ini membuktikan bukan semua individu mempunyai humor yang sama seperti kita. Saya cuba tidak terlalu bimbang mengenainya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: