Sunday, September 5, 2010

Elaun pembanci sebelum raya


Nor Mohamed


BUTTERWORTH – Bayaran elaun kepada sebahagian daripada 26,000 pembanci sambilan di seluruh negara yang mendakwa masih belum menerima bayaran akan diselesaikan selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, beliau sendiri akan memastikan bayaran itu dilaksanakan dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun belum mendapat maklumat lengkap mengenai jumlah sebenar pembanci sambilan yang tidak menerima elaun terhadap tugas yang mereka laksanakan itu.

“Peruntukan secukupnya telah diberi kerajaan kepada Jabatan Perangkaan Negara (JPN) bagi membolehkan proses pembancian dapat dilaksanakan dengan baik.

“Kita akan ambil tindakan untuk mempercepatkan pembayaran itu dan saya tak sangka ada kelewatan tetapi kita akan periksa (apa sebenarnya berlaku) kerana duit memang sudah ada, sudah lama diberikan kepada JPN,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan petugas pembanci sambilan di beberapa buah negeri yang mendakwa belum menerima bayaran elaun seperti yang dijanjikan sebelum ini.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: