Friday, September 24, 2010

Dividen sulung 6.38 sen seunit


AHMAD SARJI (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan agihan pendapatan AS 1Malaysia di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sulung sebanyak 6.38 sen seunit bagi Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2010.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, ia akan melibatkan pembayaran sebanyak RM204.67 juta dan akan memberi manfaat kepada 259,162 pemegang unit yang secara kolektif memiliki 4.02 bilion unit AS 1Malaysia.

"Sehingga 21 September 2010, dana itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM294.05 juta," katanya pada sidang akhbar mengumumkan pengagihan pendapatan saham amanah itu di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: