Saturday, September 18, 2010

60 maut depot bahan letupan meletup


SEORANG lelaki berdiri dekat sebuah trak yang musnah akibat letupan di sebuah depot dekat pelabuhan Batticaloa, 320 kilometer dari timur Colombo semalam.


COLOMBO - Satu letupan kuat di sebuah depot simpanan bahan letupan di timur Sri Lanka semalam memusnahkan sebuah balai polis dan menyebabkan sekurang-kurangnya 60 orang termasuk dua pembuat jalan warganegara China terbunuh, kata pihak tentera.

Kejadian itu dipercayai merupakan satu kemalangan.

Tiga kontena sarat dengan bahan letupan yang disimpan di sebuah balai polis di pekan Karadiyanaru, 50 kilometer dari pelabuhan Batticaloa meletup semasa beberapa pegawai sedang mengagihkan bahan letupan kepada dua kontraktor China tersebut. Letupan kuat itu memusnahkan bangunan pejabat polis dan kawasan sekitarnya.

Timbunan runtuhan, bangkai kenderaan dan mayat bergelimpangan dapat dilihat selepas letupan tersebut berlaku.

"Letupan itu berlaku tanpa disengajakan. Bahan letupan tersebut disimpan di balai polis berkenaan kerana sebab-sebab keselamatan. Ia meletup ketika polis menyerahkan beberapa bahan letupan kepada dua kontraktor itu," kata jurucakap tentera, Mejar Jeneral Ubaya Medawala.

"Kami percaya lebih 60 orang terbunuh termasuk dua kontraktor China manakala bakinya adalah anggota polis," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: