KL, 6 FEB 2009: Sebenarnya sudah lama Murai Batu hendak tulis pasal widow cantik, Nor Aliah Lee, 37, dan kekasihnya, Tengku Yusof Tengku Zainal Karib atau nama timangannya TY, 43, tapi baru sekarang masa yang paling sesuai sebab masing-masing tengah 'panazz'.
Kebetulan Murai Batu tengah tercari-cari di mana Murai Batu simpan gambar mereka berdua yang Murai Batu ambil dalam satu majlis anugerah besar di Kuala Lumpur, tidak lama dulu. Maklumlah Murai Batu ni ada banyak sangat koleksi folder gambar. Ada folder yang boleh on dan ada pulak yang kena off record.
Sebenarnya Murai Batu tergelak apabila terbaca satu artikel dalam sebuah akhbar yang melaporkan Nor Aliah sudah tidak tahan hidup menjanda! Sebab ia nampak macam Nor Aliah dah tak tahan lagi (sangap) hendak bersuami walhal pada pengetahuan Murai Batu hubungan dia dengan TY itu sangat cool dan relaks.
Selain itu, Murai Batu juga tahu sejak akhir-akhir ini Nor Aliah dan TY, duda anak 2 itu banyak dikomen dan dihentam dalam blog-blog hiburan di Internet gara-gara gambar mereka dimuat naik termasuk dari Facebook Nor Aliah sendiri. Khabarnya Norliah sedih kerana sesetengah pihak memutarbelitkan fakta hubungan mesra dan percintaan mereka itu.
Bukan itu saja, gambar mereka bersama rakan artis termasuk Fizow ketika pergi menonton showcase Marcell di KL pun telah jadi bahan gosip hangat. Biasalah Nor Aliah, awak tu kan artis, tentulah semuanya akan jadi perhatian bukan? Dalam dunia Internet yang bergerak begitu pantas ini, macam-macam boleh berlaku. Sabar ajelah. Malah gambar eksklusif dari murai.com.my ini pun asyik kena cilok oleh bloggers lain!
Yang penting, Murai Batu dapat tahu dari sumber terdekat dengan Nor Aliah bahawa dia dan TY akan berkahwin pada hujung tahun nanti! Haa, eksklusif tu... jadi siapa cakap hubungan mereka itu sekadar main-main? Mereka telah berkawan lebih setahun lalu dan tidak mustahil akan berakhir dengan perkahwinan. Kita doakan saja yang baik-baik.
MURAI BATU: Jumpa Miss Propa semalam dan kami terkejut mendengar gosip seorang pengurus artis khabarnya cuba minum racun. Ya Rabbi... betul ke dan kenapa?
maaf ye... widow tu, seseorang perempuan yang suami dia telah meninggal dunia...macam tak sesuai la...sebab, Aziz masa ada lagi kan.
ReplyDeleteperkataan divorcee lebih sesuai saya rasa.
maaf