MARANG - Bekas Ketua Balai Polis Marang, Hussien Johari, 65, tidak pernah terfikir akan berkongsi hidup dengan seekor burung merpati liar kini menjadi jinak selepas mengubati kaki unggas itu yang patah.
Hussien masih ingat saat dia mula-mula menemui merpati diberikan nama ‘bird’ itu dalam keadaan lemah di tempat letak kereta dalam kawasan perumahan polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang November lalu.
Merpati yang kelihatan lemah, kotor dan tidak mampu terbang serta nyaris menjadi menu sekumpulan kucing liar cedera di bahagian kaki kanan dan dibawa pulang ke rumah untuk diubati.
Hussien sebelum ini menetap di perumahan polis kerana isterinya masih berkhidmat dalam pasukan.
Tetapi, itu kisah lebih dua bulan lalu dan kini kaki ‘bird’ sudah pulih sepenuhnya namun burung merpati itu tetap enggan meninggalkan Hussien walaupun diberikan kebebasan untuk kembali ke habitat asalnya.
Kini, apa sahaja rutin harian Hussien di kediaman baharu didudukinya di Sungai Kerak di sini, turut menjadi rutin ‘bird’ walaupun dalam masa sama Hussien turut memelihara beberapa ekor kucing di rumah baharunya itu.
Burung itu kelihatan seperti tidak mahu berpisah dari Hussien malah roti Gardenia Butterscotch yang menjadi antara menu sarapan kegemaran Hussien turut menjadi menu kegemaran ‘bird’ dan dimakan bersama setiap pagi.
“Saya memelihara kucing sebelum ini, namun membela burung bukanlah menjadi keghairahan saya tetapi perasaan itu berubah selepas menemui ‘bird’… telatahnya sangat berbeza daripada burung-burung merpati lain.
“Bukan senang hendak menjinakkan burung merpati dalam tempoh sesingkat ini. Burung ini sangat cerdik dan manja. Jika sebut kucing manja, itu perkara biasa tetapi burung merpati manja, bunyinya agak pelik juga.
“Bayangkan kita dapat berkongsi meja makan sambil membelai haiwan yang selama ini terbang bebas di udara, lebih-lebih lagi apabila ia menunjukkan reaksi manja, susah untuk saya gambarkan keseronokannya,” katanya.
Ternyata sungguh bagai dikata bekas Ketua Balai Polis Marang itu, apabila burung merpati yang diberi nama ‘bird’ itu dilihat sangat manja dengan Hussien, apa sahaja Hussien lakukan di rumah baharunya itu akan ditemani merpati berwarna gelap itu.
‘Bird’ juga akan mengeluarkan bunyi manja apabila bulu pelepahnya dibelai sambil menyorongkan kepalanya ke jari tangan tuannya itu untuk mengasah paruhnya tanpa kekok.
Ditanya pengalaman paling menarik membela ‘bird’, Hussien berkata, walaupun seronok, sebagai pemilik burung itu dia perlu bersedia berdepan dengan situasi kehilangannya kerana haiwan terbabit fitrahnya adalah terbang bebas.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: