BERGELAR pendidik tidak menghalang Nureen Mirza untuk bergerak aktif sebagai penulis novel.
Bijak mengatur masa merupakan ramuan utama buat wanita berusia 49 tahun ini memastikan minatnya itu bergerak seiring dengan kerjaya profesionalnya.
"Saya suka membaca novel. Kerana minat juga, saya terjebak dalam penulisan novel.
"Biasanya, saya menulis waktu cuti hujung minggu atau cuti sekolah.
"Kini, saya sudah terlibat dalam bidang ini selama 25 tahun," katanya pada Sinar Harian.
Dalam tempoh itu, pemilik nama sebenar, Hendan Yahaya ini sudah menghasilkan 10 novel bergenre cinta dan kekeluargaan.
Katanya, lima daripada diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf menerusi Alaf 21 iaitu Asam Pedas Untuk Dia (2012), Di Hatiku Kau Di Situ (2013), Sepasang Kurung Pink (2014), Cinta Copy Paste (2015) dan Bulan Madu Di Venice (2016).
"Saya lebih suka menulis dalam genre ini. Namun, saya juga tidak boleh bersikap ‘syok sendiri’ apatah lagi pembaca hari ini sudah beralih daripada novel cinta dan kekeluargaan kepada genre seram dan misteri.
“Jadi, penulis novel juga harus belajar menulis dalam pelbagai genre agar dapat bersaing dalam dunia penulisan tempatan," katanya.
Pun begitu, Nureen turut melahirkan perasaan bangganya apabila karya pertamanya bersama Alaf 21 menerima pengiktirafan.
“Novel Asam Pedas Untuk Dia dipilih untuk memenangi anugerah 50 Karya Terbaik Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 2013.
“Bahkan, novel ini juga terpilih untuk diadaptasi drama pada 2014.
“Jujurnya, saya sangat gembira dan terharu," katanya.
Cabaran tersendiri
Dalam pada itu, Nureen mengakui bidang penulisan memberi peluang untuk mengenali rakan seangkatannya.
"Hasilnya, kami dapat bertukar-tukar idea dan cara penulisan sekali gus turut menarik minat pembaca," katanya.
Lulusan dari Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas ini memberitahu, ada penulis mengalami kesukaran menulis lantaran terpaksa memenuhi selera pembaca hari ini.
"Pembaca sukakan gaya bahasa yang santai dan cerita yang tidak terlalu banyak konflik.
"Oleh itu, plot cerita juga perlu disesuaikan agar tidak membuat pembaca menjadi stres dengan konflik yang diketengahkan dalam sesebuah novel.
"Saya juga terpaksa belajar menulis mengikut rentak pasaran hari ini.
"Insya-ALLAH, saya mahu belajar menulis cerita seram, misteri dan thriller supaya dapat bersaing dalam dunia penulisan," katanya.
Pada masa sama, Nureen berpendapat bidang penulisan novel semakin positif berkembang.
"Kini, banyak karya berjaya diadaptasi ke drama mahupun filem.
"Secara tidak langsung, situasi itu membuka peluang kepada penulis.
"Itu juga bermakna karya penulis tempatan telah diiktiraf dalam dunia penerbitan drama atau filem," katanya yang menjadikan Khadijah Hashim sebagai idola.
Justeru, Nureen berharap dapat terus menghasilkan karya yang bermutu sekali gus memberi pengajaran kepada masyarakat.
"Manuskrip terbaru saya bertajuk Siapa Awak?, baru saja dihantar kepada editor Alaf 21 untuk penilaian.
"Kini, saya sedang menulis manuskrip baru tetapi masih belum mempunyai tajuk," katanya yang berazam untuk menulis dua novel tahun ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: