PETALING JAYA: Edisi keempat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun ini bakal dimeriahkan dengan tayangan 13 telefilem terbaik menerusi TV3 dan TV9.
Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, tayangan telefilem berkenaan pastinya akan memberi dorongan kepada bakat baharu untuk menceburi bidang penulisan apabila melihat idea asal mereka berjaya diterbitkan menjadi naskhah drama.
"DFKL amat menggalakkan penyertaan orang ramai untuk berkongsi kisah kehidupan sebenar yang realistik agar dapat dijadikan teladan kepada penonton.
"Diharapkan pengiktirafan 13 idea yang terpilih ini dapat memberi inspirasi kepada orang awam untuk menyertai pertandingan ini," katanya.
Beliau ditemui pada Majlis Tayangan Telefilem DFKL 2017 yang berlangsung di MM Cineplexes, e@Curve pada Rabu.

Antara barisan artis yang hadir pada sidang media DFKL 2017.
Menurut Sherina, 13 telefilem yang akan ditayangkan itu merupakan hasil cetusan idea pemenang-pemenang pertandingan sesi kongsi dan juga pertandingan drama pendek pada tahun lalu.
Telefilem-telefilem yang bakal ditayangkan itu ialah Kung Fu Kaw (28 Januari, TV3), Awak Kat Mana? (27 Februari, TV9), Petanda (6 Mac, TV9), Si Kijang Merah (11 Mac, TV3), Alamak!!! (13 Mac, TV9), Cik Misi (20 Mac, TV9) dan Jalan Balik Surau (25 Mac, TV3).
Turut menemui penonton ialah Tali Kasut (27 Mac, TV9), Takdir Yang Terhenti (1 April, TV3), Kerongsang (3 April, TV9), Sakit (22 April, TV3), Trauma (29 April, TV3) dan Isteriku, Cikguku (16 Mei, TV3).
Seperti penganjuran sebelum ini, DFKL 2017 turut memberi fokus kepada pertandingan sesi kongsi selain pencarian bakat baharu dan pertandingan drama pendek.
Penyertaan bagi kategori pertandingan drama pendek dan sesi kongsi telah bermula sejak 1 Desember lalu dan akan berakhir pada 15 Februari depan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: