BUKIT CHANDAN - Sepanjang sembilan tahun terlibat dalam penanaman pokok kurma, pelbagai pengalaman selama pernah ditempuh Mohd Syful Rizan Abd Manap.
Begitupun, pokok kurma yang berbuah hanya selepas setahun ditanam adalah perkara baru buatnya dan kejadian ajaib itu berlaku di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Dia yang ditemui di Bukit Chandan menyatakan rasa gembira dengan perkembangan itu dan menganggap ia merupakan penanda aras baru terhadap penanaman kurma di Malaysia.
Menariknya, Mohd Syful memberitahu, buah kurma itu tumbuh di celah-celah pelepah dan pucuk baru sedangkan kebiasaannya buah tumbuh di batang pokok.
"Kebiasaannya, pokok kurma mula berbuah selepas lima atau tujuh tahun selepas ditanam. Teknologi terbaru pula membolehkan ia berbuah selepas dua hingga tiga tahun.
"Namun apa yang terjadi di Masjid Sultan Azlan Shah sangat ajaib kerana baru setahun ditanam, belum ada batang pokok lagi namun pokoknya sudah berbuah.
"Begitupun, buahnya kecil sahaja. Ia merupakan situasi biasa bagi mana-mana pokok kurma yang menghasilkan buah sulung. Selepas ini mungkin buahnya semakin baik," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: