KUALA PILAH - Menelusuri perkampungan Parit Seberang, di sini, masih terdapat sebuah rumah tradisional yang dipercayai berusia lebih 300 tahun.
Bagaimanapun, penjaga rumah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Abu Samah mendakwa, pemilik asal rumah berkenaan adalah juruhebah radio terkenal sekitar tahun 80an, Noramin.
Menurutnya, rumah berkenaan sudah dibaik pulih dikatakan pada asalnya dibina Tukang Kahar, seorang tukang kayu yang membina Istana Lama Seri Menanti.
"Rumah ini masih mengekalkan reka bentuk ciri Melayu dan menggunakan daun Rumbia sebagai atap bagi menggambarkan suasana zaman dahulu kala," katanya ketika ditemui pada program kayuhan santai Persatuan Basikal Klasik Negeri Sembilan (PBKN9) di sekitar tempat bersejarah di daerah ini.
Sementara itu, Setiausaha PBKN9, Anuar Abu bersama 15 ahli persatuan mengunjungi perkampungan itu bagi melihat sendiri reka bentuk rumah tradisional dengan menggunakan basikal tua sebagai pengangkutan mereka.
“Program kayuhan santai ini secara tidak langsung dapat mengimbau kembali nostalgia berbasikal tua di mana ia merupakan pengangkutan penting di daerah ini sejak awal tahun 50an lalu.
“Kami berasa bangga kerana daerah ini masih memiliki sebuah rumah tradisional yang masih mengekalkan reka bentuk asli.
“Zaman sekarang sukar untuk melihat rumah tradisonal tersergam indah seperti rumah ini. Di kesempatan inilah, ahli-ahli persatuan mengunjungi ke kampung ini,” katanya.
Sebelum tiba di perkampungan itu, katanya, ahli telah berkumpul di Masjid Kariah Gentam dan acara kayuhan bermula selepas solat Asar.
Destinasi berikutnya adalah Masjid Kariah Kampung Parit yang berusia lebih 100 tahun dan masjid ini lebih dikenali dengan nama Masjid Ranjau Hantu oleh penduduk tempatan.
“Masjid ini dibina pada tahun 1909 dan ketika itu lokasinya adalah di tepi tebing Sungai Muar.
“Berdasarkan sejarah, dahulu di belakang masjid ini terdapat sebuah pelabuhan yang digunakan sebagai nadi perhubungan oleh penduduk kampung," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: