CHONGQING - CHINA. Sebuah syarikat di China mengarahkan setiap pekerjanya berjalan 10,000 langkah setiap hari untuk membantu meningkatkan kesihatan dan kecerdasan mereka dan akan mengenakan hukuman kepada sesiapa yang gagal mencapai target ditetapkan.
Syarikat teknologi yang terletak di Chongqing itu, meminta kakitangannya untuk memuat naik satu aplikasi yang akan memantau langkah dan pergerakan harian, lapor Chongqing Evening News.
"Ramai kakitangan duduk di pejabat sepanjang masa dan kadang-kadang bekerja lebih masa.
"Ada di antara mereka, walaupun masih muda, tetapi mempunyai isu kesihatan seperti masalah leher dan bahu.
"Kami mengeluarkan arahan mewajibkan setiap pekerja membuat 10,000 langkah supaya mempunyai kehidupan yang lebih sihat," kata pegawai rasmi syarikat yang tidak dinamakan itu.
Menurutnya, setiap kakitangan yang gagal mencapai target harian akan diminta untuk membuat tekan tubi sebanyak 50 hingga 100 kali, namun buat masa ini tiada pekerja yang dikenakan hukuman.
"Inisiatif ini akan digugurkan jika kakitangan itu melakukan sukan secara proaktif," katanya
Sementara itu, salah seorang kakitangan baharu syarikat itu memberitahu akhbar, dia terkejut dengan program tersebut.
"Mengapa saya disuruh untuk berjalan jika saya mampu untuk menjalankan tugas yang diberikan.
Pekerja berkenaan tidak lagi memandu untuk pergi ke kerja dan kembali meningkatkan kadar senamannya.
"Saya berasa sangat letih pada mulanya, namun kemudian menyedari program berkenaan baik kerana badan memerlukan latihan sedemikian.
"Rakan sekerjanya yang lain kini menghabiskan waktu makan tengahari mereka dengan berjalan daripada bermain permainan komputer," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: