Friday, January 27, 2017

Bau Wangi Di Badan Awal Berjaya Pikat Scha



Awal dan Scha melancarkan minyak wangi pertama keluaran mereka iaitu Bléu untuk lelaki manakala Maroòn bagi perempuan. 
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Scha Al Yahya memberitahu, perkara pertama yang pernah membuatkan dia tertarik untuk mengenali suaminya Awal Ashaari suatu ketika dahulu adalah kerana bau wangian.
Rentetan peristiwa itu, Scha atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 33, berkata, ia menjadi penyebab dia dan Awal memilih untuk mengeluarkan produk wangian atas jenama Bléu dan Maroòn sebagai produk sulung pertama mereka.

"Apa yang boleh saya katakan, ia satu kenangan yang memberi nilai sentimental tersendiri sehingga membawa penyatuan kepada kepada kami berdua.

"Kenangan tersebut berlaku di sebuah koridor di Astro di mana Awal melintasi saya dengan meninggalkan serakan wangian yang cukup meninggalkan kesan sehingga membuatkan saya ingin mengenali dirinya dengan lebih dekat.

"Percaya pada 'aura' wangian sebagai daya pemikat yang membawa kepada penyatuan, pada hari ini kami sepakat memilih untuk mengeluarkan produk wangian sebagai produk pertama kami berdua," katanya.
Antara artis yang hadir bagi memberi sokongan pada pelancaran minyak wangi Awal dan Scha.
Scha dan Awal ditemui pada majlis pelancaran wangian Bléu dan Maroòn bertempat di Hotel Majectic Kuapa Lumpur, di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu kata Awal pula, mereka memilih produk wangian adalah sebagai aras permulaan perniagaan dalam bidang kecantikan bersempena tibanya tahun 2017.

"Wangian merupakan barang yang wajib ada untuk permulaan hari kami dan istimewanya wangian Bléu dan Maroòn ini, kami tampilkan nilai-nilai eksklusif seiring kualiti yang ada padanya.

"Bermula dari awal pemilihan pati wangian dari Dubai sehingga kepada strategi pemasaran, kami amat detail merencanakan penjenamaan secara eksklusif seiring dengan kualiti yang ada pada wangian tersebut.

"InsyaAllah selepas ini akan menyusul beberapa produk lain berasaskan kecantikan," kata Awal.

Wangian Bléu dan Maroòn dikeluarkan sebanyak 20 ribu unit dan akan dijual di rangkaian media sosial dan enam stokis terpilih dengan harga RM55 bagi kandungan 30 mililiter.

Wangian Bléu daripada Awal Ashaari Bléu adalah wangian maskulin yang menggabungkan pelbagai jenis tumbuhan.
Awal dan Scha bersama anak mereka iaitu Lara Alana.
Disebalik wangian ini juga pengguna akan dihidangkan dengan ketahanan wangian yang lebih lama kerana menggunakan pati minyak Cedar.
Manakala wangian Maroòn daripada Scha Alyahyamemberi sentuhan feminin  dan mewujudkan sensasi tersendiri.

Menggabungkan pelbagai bunga, ternyata ini adalah bauan menggoda yang akan meninggalkan pelbagai kenangan buat si pemakai malah Maroòn juga mesra wuduk.

Selain pelancaran produk itu, pasangan ini turut menguar-uar penubuhan syarikat baru bawah nama Lawa Events Kuala Lumpur yang berkaitan pengurusan acara.

Kata Awal, Syarikat tersebut merupakam satu lagi langkah baru untuk mereka terokai dalam bidang perniagaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: