Tuesday, January 24, 2017

'Rockanova' Bakal Angkat Kegemilangan Muzik Rock



Dari kiri; Edry, Awie dan Hattan yang terlibat dalam Rockanova. 
KUALA LUMPUR: Kegemilangan aliran muzik rock bakal dikembalikan menerusi program pencarian bakat baharu terbitan Astro iaitu Rockanova.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, pertandingan selama lapan minggu itu bertujuan mencungkil bakat penyanyi rock secara solo.

"Kami bukan sahaja ingin mencungkil bakat dan kebolehan penyanyi yang berpotensi untuk menjadi pelapis aliran ini, malahan untuk mengangkat martabat muzik rock ke peringkat lebih tinggi.

"Rockanova juga sebagai usaha untuk meneruskan kesinambungan genre yang pernah satu ketika dahulu menjadi fenomena kepada generasi seterusnya," katanya.

Beliau ditemui selepas sidang media mengenai program berkenaan di Hard Rock Café, di sini.

Raqim (kanan) bersama mereka yang terkibat dalam Rockanova.
Rockanova menggandingkan tiga ikon dunia muzik iaitu penyanyi Datuk Awie dan komposer Edry Abdul Halim sebagai juri tetap yang akan menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Sementara itu penyanyi Datuk Hattan pula akan bertindak sebagai guru vokal dan persembahan.

Ketiga-tiga mereka juga bertanggungjawab sebagai juri bagi sesi uji bakat yang akan diadakan pada 18 dan 19 Februari depan di Anggerik Mall, Shah Alam.

Selain itu menurut Raqim, peserta yang berminat juga boleh menyertai sesi uji bakat secara dalam talian dengan hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka ke laman Instagram dengan hashtag #bakatrockanova.

"Peserta juga diberi pilihan untuk menyertai sesi uji bakat menerusi platform radio rasmi Rockanova iaitu Sinar FM di segmen petang Santai Sinar yang dikendalikan penyampai radio Salleh Yaacob dan Feeya Iskandar," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: