KEMAMAN - Demi menyelamatkan angsa peliharaannya daripada mati dihanyutkan arus banjir yang deras, pemandu lori dari Kampung Dadong terpaksa mengurung binatang itu dalam ruang tamu rumahnya yang ditenggelami air separas lutut.
Azhar Salleh, 50, berkata, harga sepasang angsa milik keluarganya itu mencecah ratusan ringgit dan amat rugi jika dia serta adik beradiknya tidak menjaga haiwan berkenaan.
"Mak yang tengah uzur adalah orang pertama yang saya dan adik beradik selamatkan air mula naik dalam rumah kami lebih kurang jam 2 pagi tadi.
"Saya dan dua adik lelaki, Hanafi, 44, dan Azman, 40, usung mak yang duduk atas kerusi roda masuk ke dalam kereta. Kami pindahkan mak ke rumah sewa yang berada di kedudukan lebih tinggi," katanya.
Azhar memberitahu, rumahnya dihuni seramai lima beranak termasuk adik bongsunya, Halimah, 36.
Katanya, ibunya itu, Esah Maaroff, 71, tidak mampu berjalan berikutan menghidap penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung.
"Lepas selamatkan mak baharulah kami selamatkan haiwan peliharaan. Terpaksa kurung dalam rumah angsa ni sebab takut mati atau dicuri," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: