KUALA TERENGGANU - "Pesan guru supaya hafaz dan fahami keseluruhan kandungan al-Quran menjadi salah satu sebab saya capai Mumtaz (keseluruhan cemerlang) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016."
Demikian cerita salah seorang calon STAM dari SMA (A) Sultan Zainal Abidin ketika ditanya mengenai rahsia kejayaannya berjaya mendapat Mumtaz (cemerlang keseluruhan) dalam peperiksaan itu.
Abdul Hadi Sayuti, 20 yang berasal dari Felda Bukit Sagu, Kuantan, berjaya habiskan hafalan 30 juzuk al-Quran ketika berada di tingkatan tiga dan bersekolah di Sekolah Menengah Imtiaz, Dungun.
Katanya, selain menghafaz 30 juzuk al-Quran, dia juga mengamalkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis dan turut lakukan solat tahajud, solat hajat dan tidak meninggalkan solat sunat yang lain.
"Dengan mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis serta puasa pada hari-hari lain yang disunatkan, ia membantu menguatkan daya ingatan. Saya juga mengamalkan mengajar sambil belajar di mana saya turut mengambil kesempatan mengajar rakan-rakan apa yang kurang jelas dan menjadikan guru sebagai rujukan.
"Alhamdulillah, berkat usaha serta doa ibu bapa, guru, keluarga dan rakan, saya berjaya dapat keputusan cemerlang dan saya harap kecemerlangan ini dapat membawa saya ke tahap lebih tinggi untuk mencapai cita-cita," katanya.
Abdul Hadi yang ditemui ketika Majlis Penyerahan Keputusan STAM di SMASZA, di sini berkata, dia menyimpan hasrat menjadi pakar motivasi serta berhasrat menyambung pengajian ke luar negara.
Menurutnya, minat dalam Bahasa Arab ketika bersekolah di Sekolah Menengah Imtiaz Dungun membawanya menyambung pengajian di SMASZA dan mengambil peperiksaan STAM.
Sementara itu, seorang lagi calon Mumtaz (cemerlang keseluruhan), Muhammad Zuhairi Zawawi, 19, dari Kampung Tasik Masjid, Bukit Payong, berkata, doa ibu bapa, rakan dan guru menjadi kekuatan untuknya mendapat keputusan cemerlang dalam STAM 2016.
"Sebenarnya kita perlu faham apa guru ajar dalam kelas, kalau tak faham, terus rujuk kepada mereka sebab kalau kita tak rujuk, agak sukar untuk kita skor dalam peperiksaan kerana masih tidak faham.
"STAM perlukan kefahaman dan hafalan kerana semuanya dalam Bahasa Arab, selain usaha, doa ibu bapa juga penting dalam kita mencapai kejayaan," katanya yang berhasrat menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang pengajian al-Quran.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: