PASIR MAS - Biarpun cacat anggota badan, seorang lelaki kurang upaya (OKU) tetap bersemangat menghulurkan bakti membantu masyarakat setempat.
Abdullah Hamzah, 52, dari Kampung Bechah Kida, Tok Uban langsung tidak menjadikan kecacatannya sebagai alasan untuk ‘berat tulang’.
Sebaliknya, Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Abe Joe akan tetap berusaha menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Tanpa berselindung, Abdullah berkata, dia gembira jika dapat membantu penduduk sekitar dari segi khidmat nasihat dan teknologi maklumat yang dianggap anugerah daripada ALLAH SWT.
Katanya, kebayakan yang datang mendapatkan nasihat terdiri daripada penduduk di kawasan sekitar dan luar kawasan jajahan Pasir Mas.
Walaupun terpaksa menggunakan tangan dan siku untuk menggunakan komputer tetapi ia tidak melemahkan semangat Abdullah untuk menabur bakti.
“Apa yang saya ada adalah menjadi pemudah cara kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).
“Amat rugi jika tidak dikongsi dengan masyarakat di luar sana,” katanya.
Menurutnya, kebiasaannya, selepas pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dia akan menjadi rujukan calon untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai pengajian perlu diikuti.
“Alhamdulillah, kebanyakan calon SPM dan STPM yang datang mendapatkan pandangan serta nasihat saya berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading,” katanya.
Abdullah di hadapan pusat internet miliknya yang menjadi tempat dia menabur bakti kepada masyarakat.
Dia berkata, dia turut menawarkan perkhidmatan kemudahan internet kepada penduduk setempat untuk urusan di dalam talian.
Katanya, antara urusan penduduk kampung yang dibantu ialah mengemas kini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), mengisi borang SPA8 dan mencari maklumat untuk membantu pelajaran anak-anak.
Menurutnya, kesediaannya untuk membantu orang ramai membolehkannya menerima anugerah khas daripada Pemuda Umno Pasir Mas pada 2015.
Katanya, anugerah itu membakar semangatnya untuk terus menabur bakti kepada masyarakat.
“Selain itu, saya turut dijemput sebagai penceramah dalam satu seminar yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail Petra Kota Bharu pada 2015 lalu,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: