Wednesday, January 18, 2017

Haiza Kesal Persepsi Negatif Imej Penyanyi Dangdut



Haiza Hanafi
PETALING JAYA: Penyanyi Haiza kesal apabila diberi amaran tentang cara pemakaiannya ketika ditawarkan untuk melakukan sebuah persembahan pentas baru-baru ini.

Haiza, 37, berkata, pihak penganjur seharusnya tidak memandang semua artis yang membawa genre dangdut mempunyai imej negatif dalam soal pemakaian.

"Saya marah kepada persepsi masyakarat yang masih lagi negatif dan beranggapan penyanyi dangdut berimej seksi dan tidak sesuai dengan majlis rasmi. Saya sendiri pernah diberi amaran awal oleh pihak penganjur tentang cara pemakaian agar tidak boleh seksi.

"Saya bengang kerana dia seharusnya membuat kajian dahulu cara pemakaian saya sejak bergelar artis sebelum memanggil saya buat persembahan," ujarnya.
Haiza mahu buang persepsi negatif terhadap penyanyi dangdut.

Haiza ditemui dalam sebuah majlis pelancaran produk kecantikan Aveda di Pavilion baru-baru ini.

Tambah penyanyi lagu 'Dag Dig Dut' ini, kabanyakkan penyanyi dangdut di negara ini mempunyai kelas tersendiri dan tidak hanya menjual imej seksi seperti difikirkan segelintir pihak.

"Saya mahu buang persepsi buruk itu, saya cakap dengan mereka secara baik bahawa perlu berhati-hati dalam memberi tanggapan kepada seseorang artis.

"Saya ada kelas tersendiri dan tidak menjual imej seksi untuk berada pada tahap ini," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Haiza berkata, dia kini dalam proses mencari bahan untuk single dangdut terbaharunya.

Katanya, dia merancang untuk menghasilkan lagu yang lebih segar seperti dibawakan penyanyi Ayda Jebat.

"Pada saya masyarakat sudah boleh terima lagu dangdut seperti yang dibawakan Ayda Jebat. Ia lebih menarik dan mudah diterima semua peringkat umur.

"Insya-Allah, saya masih lagi mencari bahan terbaik untuk lagu dangdut terbaru saya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: