JALINAN persahabatan antara Kajol dan Karan Johar selama 25 tahun musnah gara-gara retweet pelakon wanita itu.
Memetik laporan Astro Gempak, Pengarah filem Bollywood, Karan mendedahkan hubungan persahabatan di antara pelakon popular itu dengannya musnah kerana laman sosial Twitter.
Apa yang berlaku ialah filem arahan Karan, Ae Dil Hai Mushkil ditayangkan serentak bersama Shivaay, filem arahan suami Kajol, Ajay Devgan.
Tindakan Ajay yang lantang menuduh Karan merasuah seorang pengkritik filem terkenal Bollywood untuk memberikan persepsi negatif mengenai filem Shivaay di
Twitter mengundang kemarahan Karan.
Memburukkan lagi keadaan, Kajol turut menyokong tindakan suaminya dengan retweet semula kenyataan Ajay dan perkara tersebut melukakan hati Karan.
“Saya tidak mahu mendengar atau bertemu dengan pasangan tersebut. Saya tidak pernah teringin untuk dekat atau bersahabat dengan Ajay.
"Selama ini saya diamkan sahaja kerana Kajol adalah sahabat baik saya.
“Selepas 25 tahun, semuanya telah berubah. Saya tidak mahu lagi Kajol kembali ke dalam hidup saya. Saya juga rasakan Kajol turut merasakan perkara yang sama,” kata Karan menerusi buku biografinya yang berjudul The Unusuitable Boy.
Sebelum ini, Karan bersahabat baik dengan Kajol dan mereka mempunyai hubungan yang sangat akrab.
Kajol terlibat dalam filem terkenal arahan Karan, Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushie Kabhi Gham.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: