SUNGAI PETANI – Seorang suri rumah terkejut melihat tombong kelapa baru dikupasnya yang kelihatan seakan-akan bentuk jari perempuan yang cantik dipakai inai.
Saodah Ahmad, 62, dari Kampung Teluk berkata, dia menyedari buah kelapa itu luruh kira-kira jam 8 pagi kerana terjatuh berdekatan dengan bahunya, namun dibiarkan dahulu kerana ketika itu dia sedang mengemas halaman rumah.
“Selalu saya biar dan kumpul dulu, dua tiga hari baru ambil kupas. Tapi hari ni (semalam) tiba-tiba rasa nak buat masak lemak dan nak guna santan, jadi terus kupas kira-kira sejam kemudian.
“Bila bawa masuk dalam rumah, saya masih tak perasan. Selepas dibelek-belek, nampak macam ada yang pelik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurut Saodah, dia terkejut melihat tombong kelapa membentuk lima jari seakan jari manusia dan di hujungnya berwarna kemerahan.
Katanya, buah itu daripada salah satu pokok kelapa ditanam arwah suaminya dan merupakan antara yang tertinggi berbanding pokok kelapa lain.
"Sebagai umat Islam, saya percaya kejadian ini membuktikan kekuasaan ALLAH SWT dan menolak unsur khurafat," katanya.
Menceritakan kejadian Disember lalu, Saodah berkata, dia baru sahaja mengahwinkan anak bongsunya, Atirah Hassan Shaari, 20, pada penghujung tahun lalu.
“Walaupun baru lepas adakan kenduri, kami sekeluarga berhasrat nak adakan majlis perkahwinan lagi sekali pada Mac ini buat anak kelapan (Fitri, 28) bersama pasangannya (Nor Izati Husin, 28). Ini merupakan majlis terakhir memandangkan anak-anak lain sudah berkeluarga.
“Tak pernah terlintas di fikiran, tetapi masa kenduri Atirah, ramai anak cucu tidak sabar-sabar mahu menempek inai. Disebabkan terlalu ramai nak berinai, juru inai terpaksa ambil masa lama dan balik agak lewat kerana perlu siapkan untuk lebih 10 orang termasuk kanak-kanak selepas selesai pakaikan inai pada pengantin,” katanya.
Menurut Saodah lagi, walaupun hanya kebetulan, namun dia menganggap kejadian tombong kelapa itu sebagai bukti kebesaran ALLAH SWT.
“Lepas beritahu pada anak-anak, semua suruh saya simpan tombong ni dan tunjuk pada mereka bila semua berkumpul cuti nanti,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: