SABAK BERNAM - "Pak cik saya ingat ada biawak atau pun musang dalam reban, tapi bila disuluh lampu, dia terkejut bila nampak ular sawa dah belit dua ayam dalam reban," kata Muhammad Zulhimi Zulkifli, 18.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, bapa saudaranya, Khairuddin Kadis, 32, dikejutkan dengan penemuan reptilia itu selepas terdengar bunyi bising di dalam reban ayam belakang rumahnya di Kampung Tebuk Marso.
Muhammad Zulhilmi berkata, mulanya bapa saudaranya menyangka ayamnya itu diserang biawak atau pun musang, namun tidak menyangka menemui reptilia berkenaan.
"Masa kejadian saya berada di ruang tamu rumah bersebelahan sebelum pak cik ketuk pintu rumah, cakap ada ular dalam reban.
"Tanpa berlengah, saya terus ke belakang rumah nenek," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Zulhilmi, sebaik sampai di reban ayam itu, dua ternakannya itu mati akibat dibelit haiwan sepanjang kira-kira tiga meter.
"Saya kemudiannya menarik ekor ular itu dan bawanya masuk ke dapur rumah nenek.
"Saya pelik sebab ular ini bermata satu, mungkin alami kecederaan atau pun memang cacat.
"Saya angkat kepala ular guna kayu dan ambil pelekat hitam untuk dibalut pada mulut dan mata ular supaya tidak bertindak agresif," katanya.
Zulhimi berkata, reptilia seberat 7.5 kilogram yang sempat ditimbangnya itu kemudian dimasukkan ke dalam guni untuk dibuang ke kawasan jauh daripada penempatan.
Neneknya, Turijah Selamat, 65, berkata, kejadian ular masuk ke dalam reban belakang rumah pertama kali berlaku, meskipun telah menternak ayam lebih 10 tahun lalu.
"Sebelum ini, tak ada pun kejadian ular masuk reban, tak sangka ular sampai ke belakang rumah.
Katanya, ular itu dipercayai datang dari arah kebun bersebelahan terutama dalam musim hujan berterusan sejak dua hari lalu.
"Mungkin faktor ini menyebabkan haiwan ini tersesat sampai ke reban belakang rumah," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: