Wednesday, January 18, 2017

Celine Dion Kongsi Video Memperingati Pemergian Suami




PENYANYI Celine Dion memuat naik video sebuah video mengenang mendiang suaminya Rene Angelil yang meninggal setahun lalu.

Celine memuat naik video berkenaan di laman sosial Facebook pada Sabtu sebagai berkongsi rasa sedihnya sepanjang pemergian mendiang.

Video berdurasi kira-kira dua minit itu dimuatkan gambar-gambar suaminya ketika kecil sehingga akhir hayat.

Ia turut memaparkan kebahagian yang dinikmati pasangan itu bersama tiga orang cahaya mata mereka iaitu  Rene-Charles Angelil, Eddy Angelil, dan Nelson Angelil.

Penyanyi lagu My Heart Will Go On turut menulis kapsyen yang menyentuh perasaan.

"Hari ini, 14 Januari merupakan setahun pemergian Rene, Dia akan selalu berada di dalam hati kami," tulisnya.

Dalam status yang lain, wanita ini memberitahu tentang kerinduannya kepada mendiang.

"Memoriku selalu mencintaimu, ia selalu bertanya tentang dirimu sepanjang waktu. Terutama pada hari ini. Setahun sudah berlalu, aku harap kamu boleh kembali kepada ku. Forever yours, Celine," tulisnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: