KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid terpaksa akur ‘comeback’ yang cuba dilakukannya tidak menjadi menyebabkan namanya semakin tenggelam.
Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 37, berkata, ia disebabkan trend pendengar ketika ini yang lebih berminat kepada genre lagu zaman 1990-an seperti dinyanyikan Aiman Tino iaitu Ku Rela Dibenci.
"Saya cuba kembali dengan lagu 'Biasa' duet bersama kumpulan Viral pada 2015 dan Alhamdulillah lagu itu mendapat sambutan.
"Cuma mungkin single kedua, Biar Aku Yang Tahu, yang saya cuba 'push' tidak kena masa kerana trend pendengar kini lebih menyukai lagu-lagu berentak 90-an," ujarnya.
Mengakui situasi yang berlaku itu, Zahid melihat perkara itu daripada sudut positif selain menganggap ia sebagai pasang surut kerjaya seni.
“Dalam keadaan di mana karier saya berjalan agak perlahan ketika ini, tidak bermakna saya akan berputus asa dan berhenti di situ,” ujarnya.
Mengenai perkembangan terbaharu, Zahid bakal mempromosikan single berjudul Lupakan'dalam masa terdekat.
"Saya akan terus menghasilkan single-single terbaharu dan Insya-Allah mungkin selepas ini saya akan keluarkan single yang pendengar mahukan," katanya.
"Saya akan terus menghasilkan single-single terbaharu dan Insya-Allah mungkin selepas ini saya akan keluarkan single yang pendengar mahukan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: