WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) berjanji akan mempertahankan kepentingannya di Laut China Selatan daripada ditakluk oleh China.
Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Media White House, Sean Spicer.
"Jika pulau-pulau (di perairan Laut China Selatan) terbukti di perairan antarabangsa (bukan milik China), ya kami akan pertahankan kepentingan antarabangsa dari dibolot oleh sebuah negara," kata Sean dalam satu sidang media semalam.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Hubungan Luar China mengatakan keputusan Beijing dalam perkara tersebut 'tidak berubah'.
"China akan terus mempertahankan kedaulatannya dan hak maritim di Laut China Selatan," kata jurucakap, Hua Chunying.
Hua menambah, AS patut menghormati 'fakta' dan patut berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan dan keseimbangan di Laut China Selatan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: