GUANGXI - CHINA. Seorang pegawai anti narkotik veteran di Barat daya China meninggal dunia mengejut selepas dilaporkan bekerja lebih masa beberapa hari tanpa rehat, menurut laporan media China.
Gan Kewei,36 seorang pegawai polis di Nanning, wilayah Guangxi, meninggal dunia akibat pendarahan otak 16 hari selepas dimasukkan ke hospital, petik akaun WeChat awam polis Changan-j.
Dia telah dibawa ke hospital selepas terjatuh di rumahnya selepas pulang dari trip ke Jiangxi untuk menahan suspek, kata laporan itu.
Rakan sekerja mangsa berkata, Gan menolak cadangan ketuanya untuk berehat selepas perjalanan tersebut dan kembali bekerja beberapa jam pada hari berkenaan
Gan sebelum ini menerima banyak anugerah di atas sumbangannya membanteras kes dadah terbesar dan dihormati oleh rakan-rakannya kerana kebolehannya mengenalpasti petunjuk dalam jenayah dan operasi dadah.
Beliau dikatakan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang penjenayah utama dalam sindiket dadah serta pernah menyamar dalam beberapa kes.
Gan dipindahkan ke Kementerian Keselamatan Awam pada tahun lalu selama setengah tahun.
Mangsa bekerja di Kemeterian anti narkotik perisikan dan terlibat dalam empat siasatan utama.
Pegawai itu pernah memberitahu rakannya, dia sangat suka bekerja dan menolak tawaran kerja dari syarikat internet yang menghargai kemahiran analisis data yang dimilikinya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: