KUALA PILAH - Biarpun mengalami kekurangan diri, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) sanggup berulang alik dari Bahau ke Pekan Pilah, semata-mata mahu menjalankan tugas secara sukarela di Masjid Jamek Yam Tuan Raden, di sini.
Abd Salim Osman, 53, berkata, dia dilahirkan sempurna pada 1964, namun ketika berusia sembilan tahun diserang demam panas, hingga menyebabkan kaki kanannya mengalami kecacatan dan perlu berjalan menggunakan tongkat.
Katanya, walaupun keadaan dirinya mengalami kekurangan dari segi fizikal bukan halangan dia mencari pahala untuk bekalan di akhirat.
“ALLAH SWT mencipta manusia berbeza-beza tetapi dari segi kurniaan pahala-Nya sama rata. Dek kerana itulah, saya tidak mahu bila saya mati, kubur saya gelap.
“Apa yang saya lakukan kerja amal seperti menyapu, membersihkan kekotoran walaupun hanya setitis najis burung di masjid ini. Itupun sudah mendapat pahala. Lakukan semua ini kerana ALLAH SWT demi bekalan untuk saya di akhirat kelak.
“Saya mahu juga, kubur saya terang dan tenang sahaja di sana. Biarlah saya susah di dunia, tetapi dipermudahkan oleh ALLAH SWT di akhirat.
“Lagipun ini sahaja kerja yang mampu saya lakukan. Hendak menderma, saya pun penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan. Jadi, saya menggunakan tulang empat kerat untuk melakukan kerja secara sukarela di masjid ini,” katanya.
15 tahun lakukan kerja bersih masjid
Dalam melakukan kerja amal tersebut, Abd Salim selesa memilih Masjid Jamek Yam Tuan Raden, kerana ingin bertemu rakan-rakannya yang juga ahli jawatankuasa kariah di situ.
“Saya pilih masjid ini kerana di sini, saya ada kawan-kawan. Malahan saya lakukan kerja amal di sini selama 15 tahun.
“Walaupun perlu mengambil masa setengah jam berulang alik selama tiga hari dalam seminggu dari Bahau dengan menaiki bas, saya tidak rasa terbeban.
“Bila bertemu kawan-kawan di sini seperti siak masjid, imam dan bilal. Saya berasa seronok dan lapang dada,” katanya yang telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak.
Menurut Abd Salim, bukan hanya melakukan kerja amal di masjid tersebut, malah dia turut melakukan kerja yang sama di Surau Kampung Indah, Bahau.
“Di surau itu, saya juga melakukan kerja amal tanpa bayaran. Saya fikir, kita pun tidak lama di dunia ini. Pasti suatu hari nanti, saya akan meninggal dunia.
“Semasa saya sihat lagilah saya perlu kejar semua pahala kerana saya pasti, ALLAH SWT akan balas dengan baik.
“Bila berada di sini, saya boleh solat secara berjemaah, buat solat sunat, mendengar ceramah agama dan banyak lagi aktiviti berfaedah. Insya-ALLAH, pahala mudah diperolehi kalau kita benar-benar ikhlas kerana ALLAH SWT,” katanya.
Menurut Abd Salim, jika dikurniakan kesihatan baik, dia akan berada di masjid itu selama lima hari dalam seminggu seawal jam 9 pagi sehingga solat Asar.
Kerja amal pupuk diri sifat ikhlas
Abd Salim berkata, dalam melakukan kerja amal di masjid dan surau, tiada istilah membangga diri kepadanya.
Jelasnya, dia tidak berbangga kerana melaksanakan tugas amal tanpa bayaran, tetapi sebenarnya menggalakkan dirinya mengejar pahala serta mendidik hati mencari keikhlasan dalam apa jua tugas diberikan.
“Kadang ada juga orang bertanya, kenapa sanggup datang jauh dari Bahau, semata-mata ke sini.
“Saya hanya mampu tersenyum sahaja. Sebenarnya, tidak kiralah faktor jarak ataupun tidak, jika ALLAH SWT menggerakkan hati kita untuk melakukan perkara baik, itu semua tidak menjadi penghalang.
“Kerja amal begini memupuk sifat ikhlas dalam diri,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: