TAMPIN - Melihat pada perwatakannya sekali imbas, pasti ramai tidak menyangka seorang warga emas yang menetap di Kampung Tengah Gemencheh, di sini, mempunyai pengalaman selama 17 tahun mengiringi Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Bidol Mohd Yasin, 77, mempunyai pengalaman yang sangat berharga semasa berkhidmat sebagai anggota polis di Kedah lebih dua puluh tahun lalu.
Menurutnya, sejak 1977 sehinggalah dia bersara pada 1 Ogos 1994, dia dipertanggungjawabkan dalam urusan kelancaran trafik Sultan Kedah untuk menghadiri majlis serta mesyuarat rasmi di seluruh tanah air.
Dalam tempoh berkenaan, katanya, dia diberi kepercayaan menjadi ketua pengiring bermotosikal serta memastikan jadual perjalanan Sultan Kedah sentiasa lancar dan tiba ke lokasi pada masa ditetapkan.
“Bila dapat jadual perjalanan, pak cik akan buat pantauan jarak, lalu lintas dan keselamatan lokasi bagi memastikan perjalanan Sultan Kedah berjalan lancar. Bukan mudah tanggungjawab ini sebenarnya, namun kesemua anggota polis berdisiplin serta mematuhi masa dalam setiap jadual perjalanan yang disediakan.
“Alhamdulillah, sepanjang bertugas, segalanya berjalan dengan baik. Pak cik juga pernah diberi penghormatan menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Sultan Kedah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Tengah Gemencheh, dekat sini.
Bidol yang mengakhiri perkhidmatan dalam polis dengan pangkat Koperal berkata, berikutan usianya yang sudah lewat 70-an, dia mengalami kesukaran untuk mengingati sebahagian pengalamannya sepanjang bertugas sebagai polis bermula sebagai pasukan polis hutan pada 1962.
Menurut anak kelahiran Kampung Air Kuning Selatan itu, masa tuanya kini banyak dihabiskan di rumah dan juga berulang-alik ke Masjid Kariah Kampung Tengah untuk menunaikan solat secara berjemaah.
“Ingat memang ingat, pengalaman manis ketika jadi polis tapi kita ni dah tua. Banyak benda dah lupa. Cuma, ada perkara yang pak cik tidak akan lupa, sehingga ke hari ini pak cik masih ingat dan pegang amanah dengan baik.
“Sebagai anggota polis baik dalam perkhidmatan atau sudah bersara, kita haruslah sentiasa menjaga maruah polis. Jangan buat tak tentu arah sehingga boleh memalukan nama baik serta maruah polis. Itu yang pak cik ingat dan amalkan sehingga ke hari ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: