Menurut Aweera yang kini bergerak secara solo, perselisihan faham antara dia dan kumpulan berkenaan sejak 2014 berjaya diketepikan.
"Hari ini sejarah tercipta apabila saya diberi peluang beraksi semula dengan Mojo. Perselisihan faham sebelum ini lebih baik kita lupakan.
"Sebelum ini pun saya pernah katakan bahawa tak mustahil kami akan berjumpa semula kerana industri hiburan kita kecil, akhirnya hari itu telah tiba," katanya.
Mereka mempersembahkan dua buah lagu secara medley termasuk lagu Romancinta yang berjaya mengangkat nama Aweera ketika menjadi vokalis Mojo.
Kemuncak kepada kontroversi antara mereka ialah Aweera disingkirkan daripada melakukan persembahan pada pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-29.
Lagu Romancinta ciptaan sepenuhnya Edry akhirnya dinyanyikan kumpulan Caliph Buskers.
Selain itu tambah Aweera yang bakal muncul dengan single baharu berjudul Wanita Cinta Agung, dia tidak keberatan untuk berkolaborasi dengan Mojo menerusi projek khas atau persembahan pentas.
"Sebenarnya saya rindukan Mojo. Saya berterima kasih kepada Mojo kerana orang kenal suara saya ketika bersama mereka.
"Tapi saya akan terus bergerak secara solo dan saya perlu hormati Mojo yang sudah mempunyai vokalis baharu iaitu Ryan Brakhma. Tapi kalau ada projek khas seperti Mojo featuring Aweera apa salahnya," kata Aweera.
Sementara itu Edry ketika ditemui berkata penampilan bersama antara Mojo dan Aweera pada majlis berkenaan berlaku secara kebetulan.
"Secara kebetulan Ryan juga tiada di sini, dia ada di Jakarta. Jadi apa salahnya kami lakukan persembahan bersama. No heart feeling
"Dan selepas ini jika mereka nak muncul di TV atau majlis tertentu juga saya tak kisah. Kami tak pernah padam sejarah Aweera dengan Mojo.
"Namun untuk reunion dan buat rakaman... saya tak nampak lagi ke arah itu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: