BEIJING - CHINA. Seorang wanita China ditahan selepas enggan mematikan telefon bimbitnya ketika berada di atas pesawat walaupun diberi amaran beberapa kali oleh krew penerbangan.
Penumpang wanita itu ditahan pihak polis di lapangan terbang Beijing selepas turun dari pesawat yang dalam penerbangan dari Harbin, kata Kementerian Kesihatan Awam dalam akaun media sosial.
Rakaman yang dikeluarkan kementerian itu menunjukkan wanita itu bermain tablet komputer dalam pesawat.
Dia kemudian turut dilihat menggunakan telefon bimbitnya selepas krew penerbangan berulang kali memintanya untuk mematikan alatan berkenaan.
Pesawat yang membawa lebih 100 penumpang bergerak pada ketinggan 3,000 meter apabila wanita itu enggan mematikan peranti berkenaan, menurut kementerian itu.
Bagaimanapun tempoh wanita itu ditahan atau sama ada dia dikenakan sebarang penalti terhadap tingkah lakunya tidak diketahui.
Banyak syarikat penerbangan mengarahkan penumpang untuk mematikan peranti mudah alih di atas kepal terbang untuk mengelakkan sistem komunikasi pesawat terganggu terutamanya semasa berlepas dan mendarat.
Pada bulan Oktober, seorang wanita China juga dari Harbin, ditahan kerana enggan mematikan telefon bimbitnya ketika di atas kapal terbang, lapor South China Morning Post.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: