IPOH – Seorang doktor terpaksa menahan sakit dua hari apabila jarinya membengkak akibat cincin titanium di jari manisnya menjadi terlalu ketat, kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Dr Prem hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh kira-kira jam 3.30 petang untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan cincin tersebut.
Difahamkan, mangsa memakai cincin jenis Titanium bernilai RM8,000 sejak seminggu lalu dan mula berasa sakit selepas dua hari memakainya.
“Setibanya disana, hampir semua anggota yang bertugas memberi layanan serta perkhidmatan terbaik tanpa sebarang keluhan. You got my respect and salute. Terima kasih,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, mangsa telah cuba pelbagai cara termasuk ke kedai emas bagi mendapatkan bantuan.
“Namun, pekerja kedai emas mencadangkan agar mangsa mendapatkan khidmat bomba.
“Anggota bertindak memotong cincin tersebut dengan mesin grander sehingga berjaya dikeluarkan dan operasi mengambil masa kira-kira sejam,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: