Monday, January 23, 2017

HBO Siar Pengumuman Calon Oskar Ke-89 Secara Langsung



Malam kemuncak Anugerah Oskar ke-89 bakal dihoskan oleh Jimmy Kimmel.
PETALING JAYA: Kehangatan Anugerah Akademi atau Oskar kali yang ke-89 mula dirasai apabila saluran HBO bakal menyiarkan pengumuman senarai pencalonan akhir acara berprestij itu secara langsung pada 24 Januari ini.
HBO dalam satu kenyataan pada Sabtu memberitahu pencalonan menerusi 24 kategori dipertandingkan akan diumumkan pada acara berkenaan.

Bekas pemenang trofi Oskar termasuk Jennifer Hudson, Brie Larson, Emmanuel Lubezki, Jason Reitman dan Ken Watanabe akan menyertai Presiden Akademi, Cheryl Boone Isaacs pada majlis pengumuman itu.

Ia bakal disiarkan menerusi saluran HBO (Astro saluran 411 dan 431) pada pukul 9.18 malam.

Penonton juga boleh mengikuti siaran langsung itu menerusi Astro On The Go pada waktu sama.

Malam kemuncak Anugerah Oskar ke-89 bakal berlangsung pada 27 Februari depan yang diadakan di Dolby Theatre, Hollywood.

HBO bakal menyiarkan acara berkenaan secara langsung bermula dengan acara karpet merah pada pukul 8 pagi diikuti majlis penganugerahan pada 9.30 pagi.

Bagi yang terlepas siaran secara langsung itu, HBO akan mengulang siar acara itu pada 7 dan 8 malam pada hari sama.

Acara itu bakal dihoskan oleh Jimmy Kimmel.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: