Monday, January 23, 2017

'Permata Hati' Lewat 3 Tahun Bukan Sebab Kewangan - Shah Rezza



Shah Rezza (kanan) bersama pelakon dan mereka yang terlibat dalam 'Permata Hati'. 
KUALA LUMPUR: Pelakon era 1980-an, Datuk Seri Shah Rezza menjelaskan kelewatan tayangan filem pertama terbitanya berjudul Permata Hati bukan disebabkan masalah kewangan.
Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah, 55, berkata, perkara itu disebabkan dia sering berasa kurang berpuas hati sehingga terpaksa melakukan penambahan babak dan penggambaran semula.

"Filem ini ambil masa tiga tahun untuk disiapkan kerana tiga kali ulang penggambaran. Saya rasa ada sahaja yang kurang puas hati dan ingin re-shoot sekali lagi di lokasi lain pula.
Shah Rezza.
"Selain itu, kesibukan saya menganjurkan persembahan fesyen juga menyebabkan ia terlewat. Saya juga mencari platform mana paling susuai untuk filem ini disiarkan," ujarnya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas pratonton filem berkenaan yang boleh dilanggan secara eksklusif di Astro First bermula 26 Januari ini.

Filem tersebut dibintangi oleh Zul Ariffin, Elaine Daly, Elfira Loy, Edika Yusuf, Zoey Rahman, Danny X Factor, Datuk Ziela Jalil dan Liza Abdullah.

Dalam pada itu, ditanya tentang kos perbelanjaan selepas beberapa kali penggambaran dan penambahan, Shah Rezza berkata, wang dikeluarkannya berpatutan.

"Ramai yang kenal saya jika saya buat sesuatu perkara perlu buat betul-betul sehingga berasa puas hati. Seperti filem ini boleh saya katakana bajetnya agak besar tetapi bagi saya ia berpatutan," ujarnya.

Selain itu, Shah Rezza berkata pemilihan Astro First ia menepati golongan sasaran.

Dalam pada itu, filem yang turut diarah sendiri olehnya itu sarat dengan mesej berguna sama ada secara tersirat atau tersurat.

Permata Hati bakal disiarkan secara eksklusif di Astro First bermula 26 Januari ini.
Dia juga menerapkan nilai agama biarpun memaparkan kehidupan golongan atasan.

"Terlalu banyak nilai tersurat dan tersirat yang saya ingin sampaikan dalam filem ini yang boleh memberi manafaat kepada penonton.

"Selain itu, ada juga saya selitkan pengalaman sebenar yang pernah saya lalui dalam kehidupan terutama babak paling akhir sekali," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: