Menurutnya, keunikan itu hanya disedarinya minggu lalu ketika melihat tanaman yang ditanam di sekitar halaman rumahnya.
Wanita dikenali Ros, 50, itu berkata, dia kagum dengan keunikan pokok tersebut dan menganggap itu sebagai salah satu rahsia keagungan tuhan yang sukar untuk ditafsirkan.
Katanya, benih pokok pisang itu diambilnya dari rumah saudaranya di Kuala Terengganu.
“Saya tidak menyangka pokok pisang ini bercabang, memandangkan induknya sama seperti pokok lain yang saya temui sebelum ini.
“Saya akan terus menjaga pokok ini sehingga besar dan mahu melihat perkembangan selanjutnya sama ada mengeluarkan buah atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: