|
PROGRAM realiti televi- syen, Dream Sisters yang telah bersiaran beberapa bulan lalu kian hangat meraih kritikan pedas daripada penonton.
Jika sebelum ini program tersebut dikatakan syok sendiri dan cuba meniru konsep rancangan
Keeping Up With Kardashian, kini timbul pula isu bahawa ia menyim- pang dari sudut agama Islam atau lebih tepat lagi terlalu sekular.
Menjawab tuduhan yang dilemparkan menerusi beberapa laman sesawang internet itu, chef selebriti Anis Nabilah mengakui, dia terkejut dan terkilan dengan dakwaan sedemikian.
Katanya, adalah sangat melampau untuk menuduh dirinya dan keluarga tidak mengamalkan ajaran agama Islam di rumah dengan hanya berbekalkan secebis kisah kehidupan realiti mereka dipaparkan di kaca TV.
Anis atau nama sebenarnya Anis Nabilah Umaruddin, 27, yang baru berdepan kerugian disamun ketika sedang berjalan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini meluahkan kekesalannya terhadap tuduhan tersebut.
Ikuti temu bual Anis Nabilah bersama Kosmo! yang ditemui ketika majlis ramah mesra program Seindah Ramadan TV9 di restoran Marcha Movenpick di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Kosmo!: Timbul dakwaan baru-baru ini di internet berkenaan program realiti TV, Dream Sisters yang mengeksploitasi wanita dan menampilkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Barat serta mengasingkan agama Islam daripada kehidupan. Komen Anis?
ANIS NABILAH: Wow! Saya terkesima dan terkejut mendengar perkara ini. Saya tidak tahu kenapa timbul komen sebegitu. Walaupun program itu tidak menunjukkan amalan Islam seperti solat tetapi unsur-unsur Islam lain masih ada dan kami adik-beradik dibesarkan dan dididik berteraskan agama Islam. Contohnya, majlis akad nikah adik saya dilangsungkan di dalam masjid dan mengikut syariat yang ditetapkan dalam agama Islam.
Jadi pada pandangan Anis, pihak manakah yang patut dipersalahkan?
Kebebasan media sosial mungkin menjadi salah satu faktor untuk sesiapa saja bercakap sewenang-wenangnya dan menghukum tanpa berfikir. Ruang itu memberikan peluang untuk sesiapa saja bercakap.
Adakah benar bahawa kehidupan realiti Anis dan keluarga tidak bercirikan agama Islam?
Setiap hari saya berdoa supaya diberikan hidayah agar suatu hari nanti saya akan berhijab. Kami tidak mahu menjadi sesuatu yang bukan kami. Jelas sekali itu tidak benar kerana Dream Sisters tidak memaparkan kehidupan kami 24 jam. Adalah tidak adil untuk bercakap begitu kepada kami, malah rancangan itu fokusnya adalah kerjaya kami dan usaha untuk memberikan inspirasi kepada golongan muda untuk berjaya.
Mungkin Anis sendiri ada musuh sehingga mereka sanggup memburuk-burukkan anda sekeluarga?
Saya tidak tahu. Itu pendapat masing-masing dan setiap individu bertanggungjawab terhadap pandangan yang dilontarkan. Saya tidak menjangkakan semua penonton suka dan faham dengan rancangan Dream Sisters. Rancangan itu mahu buktikan tahap saya berada sekarang, bukan sebab main-main tetapi atas usaha dan kerja keras.
Sebelum ini timbul juga dakwaan rancangan itu syok sendiri. Komen Anis?
Saya merupakan peminat program realiti TV dan kerana Dream Sisters sahaja memperjudikan nama saya sebagai seorang chef selebriti untuk menerima tempias negatif sebegini. Rancangan itu menunjukkan cara untuk mencapai impian dan saya tidak perlukan publisiti murahan untuk mencari rezeki.
Sempena bulan Ramadan nanti, anda bakal mengacarakan program masakan Mencari Resipi Turun Temurun untuk musim ketiga. Sudikah Anis kongsikan pengalaman mengendalikan rancangan itu kali ini?
Istimewanya, kali ini saya akan meluaskan penjelajahan di sekitar negara Eropah seperti Amsterdam, Hanover, Paris dan Brussels untuk mencari hidangan halal tradisional masyarakat di sana.
Seronoknya kerana dapat berjumpa dengan masyarakat Islam dan mualaf di negara luar, berinteraksi dan belajar memasak hidangan halal yang biasanya menjadi masalah utama di negara asing.
Salah satu menu yang menarik minat saya adalah Germ Knodel iaitu pau yang berintikan jem buah plum yang saya pelajari ketika berada di kawasan pergunungan Jerman. Mencari Resipi Turun Temurun akan disiarkan bermula 15 Julai pada setiap hari Isnin dan Selasa pukul 6.37 petang di TV9.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: