Thursday, June 27, 2013
Jerebu punca kanser paru-paru
KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terdedah kepada keadaan berjerebu dalam tempoh lama berisiko menghidap penyakit kanser selain penyakit lain seperti gatal kerongkong, batuk dan sukar bernafas.
Pakar perunding perubatan Pusat Perubatan Kajang Plaza di Kajang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, udara ketika jerebu amat berbahaya kerana ketika bernafas, manusia bukan sahaja menyedut gas oksigen tetapi termasuk bahan-bahan asing yang terkandung dalam udara terus memasuki paru-paru.
Kata beliau, bahan-bahan asing yang berupa sisa toksik yang terkandung dalam jerebu itu kemudian merangsang perkembangan sel-sel kanser di dalam tubuh manusia.
“Ketika krisis jerebu, udara di sekeliling mengandungi debu, habuk halus dan gas toksik seperti gas sulfur dioksida dan karbon monoksida.
“Meskipun udara yang disedut manusia akan melalui beberapa tapisan seperti di hidung dan tekak tetapi organ penapis semula jadi itu tidak mampu menyekat 100 peratus apa yang disedut dari udara.
“Udara tercemar yang tidak dapat ditapis itu akan terus masuk ke paru-paru dan seterusnya mengakibatkan badan manusia mungkin dijangkiti bakteria, virus dan paling menakutkan penyakit seperti kanser paru-paru dan radang paru-paru,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: