Abang Haji berkata, tindakan seorang wanita yang membuat laporan polis pada 22 Jun lalu mendakwa dicabul oleh seorang pemandu teksi hanyalah satu salah faham sahaja.
Menurutnya, dia tidak menyangka wanita tersebut akan membuat kenyataan media sehingga menyebabkan imej persatuan teksi di daerah ini terjejas.
“Kami pemandu teksi hanya mencari makan dengan memandu teksi dan setelah berita itu tersebar, kami seolah-olah dipandang serong oleh pelanggan.
“Setahu saya, kes salah faham tersebut telah selesai di balai polis sahaja, tetapi tidak sangka pula dia dipanjangkan hingga ke media.
“Ingin saya tegaskan di sini, pekerjaan kami sebagai pemandu teksi memerlukan komunikasi mesra bersama pelanggan, namun tidaklah sampai melampaui batas bertindak untuk mencabul pelanggan,” katanya.
Justeru, dia berharap agar isu ini tidak diperbesarkan lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: