SIAPA 
sangka dengan kebanjiran Hallyu wave (peminat kpop) di seluruh duni kini, banyak selebriti terkenal telah menjadi sebahagian dari revolusi ini termasuklah seorang penyanyi popular tanah air, Shila Amzah lapor Koreaboo.
Beliau yang juga dilihat sering memuat naik video menyanyi lagu ‘cover’ Kpop di laman tersebut kini mula mendapat perhatian peminat-peminat di seluruh dunia setelah menyanyi lagu dari kumpulan popular yang diminati ramai.
Antara video yang dimuat naik oleh penyanyi berumur 26 tahun ialah dari artis-artis popular seperti Big Bang, Blackpink, 2NE1, dan juga EXO.
Antara lagu yang pernah dinyanyikan oleh beliau adalah ‘Beautiful’ oleh Crush (lagu ost drama Goblin), ‘Whistle’ oleh Blackpink, ‘Last Dance’ oleh Big Bang, ‘Come Back Home’ oleh 2NE1, ‘You are My Everything oleh Gummy (lagu ost drama Descendant of the Sun) dan lain-lain.
Beliau juga turut mendapat pujian dari para peminat kerana kelancarannya menyanyikan lagu-lagu bahasa korea itu  serta mendapat permintaan untuk menyanyikan lagu ‘cover’ dari kumpulan lain juga.
Sementara itu, Shila Amzah yang merupakan artis antarabangsa mula mendapat lonjakan populariti setelah menyertai sebuah pertandingan nyanyian realiti China iaitu Asian Wave.
Rancangan tersebut disertai oleh peserta dari seluruh negara Asia malah turut menjemput para ‘idol’ terkenal seperti kumpulan ZE:A, Cross Gene dan Whee.
Nyata sekali persembahan Shila Amzah sangat dipuji kerana kebolehannya dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin serta turut juga mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut
.