ARIZONA - AMERIKA SYARIKAT. Sepasang kembar yang dilahirkan di sebuah hospital di sini hanya mempunyai perbezaan waktu kelahiran 10 minit namun dilahirkan pada dua tahun berbeza.
Stesen Televisyen KNXV_TV melaporkan, ibu bapa pasangan kembar itu Holly dan Brandon Shay menyambut kelahiran anak lelaki pertama mereka Sawyer pada jam 11.51 malam Sabtu di Hospital Bannger.
Anak kedua mereka pula, Everett pula lahir pada jam 12.01 pada Ahad.
Bapa mereka bergurau Sawyer akan mengusik adiknya selaku anak yang lebih tua.
Memetik AP, perkara yang sama turut berlaku di San Diego.
Kembar perempuan dilahirkan di Hospital Birch Mary Sharp masing-masing dilahirkan pada jam 11.56 pada Sabtu dalam 12.00 tengah malam pada Ahad.