PETALING JAYA: Bekas peserta program Ceria Pop Star iaitu Putri mengakui masih mencari identitinya sebagai penyanyi kerana enggan disamakan dengan artis sedia ada.
Putri atau nama sebenarnya Putri Ain Natashha Abdul Malek, 16, berkata, sepanjang dua tahun berkecimpung dalam industri muzik dia kurang selesa apabila ada peminat membuat perbandingan di antara dirinya dengan penyanyi lain.
“Tidak mudah sebenarnya untuk membentuk satu identiti sendiri dalam situasi orang sudah membandingkan kita dengan penyanyi sedia ada.
"Saya akui ini antara cabaran pertama perlu saya tempuh dalam usaha mempertaruhkan single kedua iaitu Panas Hujan," katanya.
Putri ditemui pada majlis sidang media pelancaran muzik video dan single terbarunya itu di pejabat urusan Warner Music Malaysia, di sini, Selasa.
Panas Hujan dicipta oleh Haikal Zarrin merupakan single kedua penyanyi ini di bawah label Hazac Records selepas lagu Di Langit Awan Biru ciptaan Ajai yang memperkenalkan penyanyi ini pada tahun 2014.

Dalam pada itu, penuntut tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas, Rembau Negeri Sembilan itu menjelaskan, kerjayanya sebagai penyanyi tidak mendatangkan masalah sekalipun terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk urusan persembahan dan promosi.
“Saya anggap ini satu pengorbanan selagi ia tidak menganggu pelajaran, saya tiada masalah untuk semua ini kerana inilah harga yang perlu saya bayar untuk menjadi penyanyi.
“Pun begitu, saya akan memperlahankan aktiviti seni pada tahun hadapan kerana akan memberi fokus pada peperiksaan penting Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
Ditanya tidakkah dia merasakan perkara itu akan membantutkan perjalanan kerjaya seninya yang dilihat baru hendak bermula, anak keempat daripada lima beradik ini ada alasan tersendiri.
“Memang ada yang bertanya adakah sesuai untuk saya keluarkan lagu pada waktu sekarang memandangkan tahun depan saya harus memberi fokus pada SPM?
"Sebenarnya saya hanya memperlahankan aktiviti seni, bukan terus berhenti dan saya percaya perkara ini tidak menghalang perkembangan kerjaya nyanyian saya selagi peminat boleh menerima karya saya seadanya,” katanya.