SONY Mobile Communications (Sony Mobile) menganjurkan bengkel fotografi bersama jurugambar terkenal, Kid Chan menerusi Masterclass dengan penggunaan telefon bimbit, siri Xperia Z5.
Pengarah (Malaysia) Negara, Andrew Cheong berkata, bengkel selama dua jam itu turut berkongsi pengalaman Kid Chan sepanjang bergelar jurugambar profesional.
"Masterclass menjadi platform untuk peminat Xperia mendapat khidmat nasihat fotografi daripada pakar terkenal dalam industri fotografi.
"Kami berharap pengguna Sony Mobile dapat memperoleh pengalaman penggunaan terbaik terutamanya pengguna siri Xperia Z5," katanya.
Siri Xperia Z5 merupakan peranti pertama menggunakan modul kamera pintar sejak Xperia Z1.
Memiliki teknologi canggih dan didatangi dengan 1 / 2.3 Exmor RSTM untuk pergerakan penderia lensa 23MP dan F2.0 G.
Kombinasi 23MP Exmor RSTM besar untuk penderia bergerak dan menaik taraf perisian pemprosesan bagi memperoleh imej lebih jelas dengan zum 5 kali ganda.
Turut berkongsi pengalaman peribadi Kid Chan berkata, Sony Xperia Z5 Premium Dual membenarkan dia mengambil gambar dengan imej lebih cantik biarpun ianya sekadar kamera pintar.
Kid Chan mempunyai kepakaran dalam pemotretan korporat dan upacara perkahwinan sesuai dengan gaya hidup moden.
Beliau terlibat dengan pelbagai agensi termasuk Reader’s Digest, Bazaar, Tatler, Evening Standard, New Straits Times, The Star Harper , dan Prestige.