SYDNEY - AUSTRALIA. Perokok di Australia bakal dibeban dengan harga rokok yang semakin meningkat jika Bajet Persekutuan 2016 diluluskan.
Menurut Dailymail, cukai eksais untuk rokok bakal dinaikkan sebanyak 12.5 peratus setahun selama empat tahun, mengikut rancangan pengubahan cukai.
Hari ini, sekotak rokok di Melbourne secara purata berharga AU$12.70 (RM73.69), berbanding AU$2.41 (RM13.98) untuk sekotak rokok di Malaysia.
Harga sekotak rokok di Australia dijangka mencecah AU$23 (RM133) pada 2020.
Pelobi kesihatan awam dan aktivis kesihatan bagaimanapun menyambut baik kenaikan tersebut.
"Kenaikan cukai ke atas rokok bermakna risiko kanser untuk berpuluh ribu nyawa mampu dielakkan," kata CEO Lembaga Kanser Australia, Sanchia Aranda.