HUNAN - CHINA. Ibu-bapa seorang bayi yang mempunyai 31 jari tangan dan kaki merayu bantuan kewangan bagi membolehkan anaknya itu menjalani pembedahan.
Menurut NetEase, Honghong berusia 3 bulan dilahirkan dengan 15 jari tangan dan 16 jari kaki namun tiada ibu jari.
Bayi itu mengalami penyakit yang jarang ditemui, poludactyly iaitu keadaan perubatan di mana kanak-kanak dilahirkan dengan jari tambahan.
Menurut ibu kanak-kanak itu yang turut mempunyai lebihan jari tangan dan kaki berkata, tiada tanda-tanda kecacatan ditemui semasa imbasan kehamilan dan doktor berkata anaknya itu adalah normal.
Bimbang dengan sejarah kesihatannya dahulu, wanita itu turut melakukan imbasan di beberapa hospital di Shenzen dan mendapati tiada kecacatan dan anaknya normal.
Sementara itu, menurut doktor, pembedahan tersebut agak sukar kerana dia masih terlalu muda untuk mengambil ubat bius dan perlu dibedah ketika berusia antara enam bulan hingga setahun sebelum tulang-tulangnya dibentuk.
Ibu-bapa kanak-kanak itu menyeru sumbangan dari orang ramai bagi menbiayai pembedahan yang dijangka menelan kos antara 100,000 yuan dan 500,000 yuan (RM307, 061).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: