TEMOH - Pusat Rekreasi Refarm menafikan dakwaan di laman sosial kononnya sumber air bagi kegunaan kawasan itu terletak berhampiran dengan kandang babi.
Pengarah Urusan, Patrick Liew berkata, beliau menyedari perkara itu apabila seorang pelanggannya bertanyakan berkenaan viral tersebut dan ia sedikit sebanyak membawa imej buruk kepada pihak pengurusan dan ia antara lokasi utama pelancongan negeri ini.
Menurutnya, pengurusannya juga membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Temoh, 22 April lalu, untuk membersihkan nama dan imej pusat rekreasi tersebut kepada orang awam.
“Sejak pembukaannya pada awal tahun 2015, pihak Refarm telah menggunakan air dari puncak bukit dan menggunakan operasi penapisan air secara sistematik iaitu Polypipe tertutup yang akan melalui tangki pemendapan dan terus ke penapis air.
“Air yang kami saring inilah yang akan digunakan bagi kolam mandian pengunjung, serta umum juga mengetahui air kolam kami tidak ada klorin, justeru tidak mungkin air itu tercemar seperti yang diuar-uarkan,” jelasnya pada sidang media di kawasan Pusat Rekreasi Refarm, Temoh, disini, semalam.
Terdahulu, terdapat khabar angin di laman sosial mengatakan sumber air di pusat rekreasi itu datangnya daripada kawasan berhampiran penternakan khinzir dan ia menjadi viral serta mendapat komen negatif netizen.
Patrick turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak menyebarkan fitnah bahawa terdapat kandang babi berhampiran Refarm, malah longgokan najis manusia kelihatan di kolam mandian.
Tegasnya, pihaknya tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai perkara tersebut malah keseluruhan operasi Refarm dipantau Majlis Daerah Tapah secara berkala dan mengikut piawaian yang betul.
Beliau berkata, pusat yang baru beroperasi kira-kira setahun itu menerima sekurang-kurangnya 2,000 pengunjung pada cuti sekolah dan hujung minggu, pihaknya perlu memastikan reputasi dan kualiti pengurusan sentiasa terjaga.
Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan kepada sesiapa atau mana-mana jabatan yang ingin melakukan kajian terperinci ke atas sumber air yang terletak sekitar 1.5 kilometer dari tempat ini.
“Sekiranya terdapat lintah seperti yang didakwa, kami sedia menerima aduan malah terbuka kepada maklum balas untuk memperbaiki pusat rekreasi ini.
“Mereka memberikan tuduhan dan memanipulasikan fakta. Ini sebenarnya satu tindakan tidak matang, justeru kami benar-benar berharap ia tidak akan berulang,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: