BELAGA - Masyarakat Penan, yang tinggal di salah satu bahagian terpencil di bumi Sarawak, kini dihubungkan dengan dunia luar menerusi prasana telekomunikasi yang moden dan canggih.
Mereka kini mempunyai liputan selular dan akses internet - terima kasih kepada sistem telekomunikasi canggih disediakan oleh DIGI dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Long Urun, dekat sini.
Sabtu lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak melancarkan menara sistem pemancar perkhidmatan liputan 4G Evolusi Jangka Panjang (LTE) di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Urun.
Long Urun, sebuah penempatan Penan dengan kira-kira 1,200 penduduk, terletak kira-kira tiga jam pemanduan di sebahagian jalan batu kelikir dari sini dan lebih enam jam perjalanan dari bandar Bintulu.
Menara pemancar itu menggunakan teknologi terkini SmallCell (Doppler 5000) dan VSAT (Very Small Aperture Terminal) dan dikatakan yang pertama seumpamanya di negara ini.
Joseph Usan, keturunan Penan dari Uma Dikan, Long Dulit di Long Urun, antara 15 ketua rumah panjang menjadi tetamu jemputan pada majlis pelancaran itu termasuk empat daripada komuniti Kenyah Badeng, begitu terjua apabila dapat 'dihubungkan'.
"Ini projek sangat bagus. Sekarang semua orang boleh membuat panggilan kepada kenalan di tempat jauh. Orang muda akan terjua kerana boleh mengkases internet," katanya.
"Projek ini membuktikan kerajaan tidak mengabaikan walaupun kami merupakan masyarakat kecil tinggal di kawasan terpencil di pedalaman. Kami tidak dilayan sebagai anak tiri.
"Seperti seorang bapa yang baik, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan kita apa ia beri kepada anggota lain dalam keluarga," katanya.
Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong menghargai hasil kemudahan itu untuk kawasan itu, keluasan kawasan sebesar Pahang dan terbesar di Malaysia.
Ugak berkata, beliau kini boleh berkomunikasi dengan penyokong-penyokongnya serta dapat mengatur pertemuan dengan rakyat di situ.
Katanya, projek itu membuktikan penekanan kerajaan negeri dan pusat untuk membangunkan kawasan luar bandar.
Chuk Pai Ugon, calon BN kerusi Murum di bahagian Hulu Rajang, gembira dengan perhatian yang diberikan kepada pembangunan luar bandar.
Ahli perniagaan dan ketua cawangan Parti Rakyat Bersatu (PRS) itu adalah wakil pertama daripada masyarakat etnik minoriti Kenyah (Orang Ulu) bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu ini.
Murum, dengan 7,648 pengundi berdaftar, adalah salah satu daripada 11 kerusi baharu Dun dan salah satu daripada enam kawasan pertembungan antara DAP dan PKR.
Calon lain dalam pertandingan empat penjuru itu terdiri daripada bekas wakil rakyat Belaga, Stanley Ajang Batok, sebagai calon Bebas, Abun Sui Anyit (PKR) dan Mathew Silik dari DAP.
Chuk berkata, beliau akan meminta kerajaan menyediakan liputan telekomunikasi yang lebih baik di Murum, di samping lebih banyak jalan dan kemudahan bekalan air terawat, bekalan elektrik serta kemudahan naik taraf sekolah.
Beliau turut mempunyai visi untuk membangunkan kawasan baharu penanaman padi dan kelapa sawit, selain menubuhkan Balai Bomba dan Penyelamat di Pusat Penemapatan Sungai Asap, sebuah kawasan penempatan terbesar di daerah Belaga dengan populasi lebih 10,000 orang.