JIANGSU - CHINA. Polis China menyerbu dua bengkel menghasilkan obor-obor tiruan dan berkata, lebih daripada 10 tan telah berada di pasaran makanan tempatan, lapor BBC.
Polis berkata, obor-obor tiruan itu diperbuat dengan mencampurkan beberapa bahan kimia dan hasil pemeriksaan yang dijalankan menemui tahap aluminium yang tinggi terkandung dalam obor-obor tersebut.
Sindiket ini mengaut keuntungan lebih daripada 170,000 yuan (RM 104, 819) dalam setiap tahun pengeluaran.
Obor-obor adalah sangat popular terutamanya di sepanjang pantai selatan dan timur China yang kebiasaanya dihidangkan bersama salad.
Polis Perbandaraan Huzhou di wilayah Zhenjiang yang mengetahui siasatan berkata, bengkel pertama yang ditemui dikendalikan oleh Yuan yang membuat serta menjual obor-obor tiruan di sebuah pasar tani.
Suspek, kemudian membawa polis ke sebuah lagi bengkel yang lebih besar di bandar Changzhou wilayah Jiangsu yang dikendalikan oleh Jia.
Jia ditahan bersama ahli sindekit lain dan tangkapan dibuat lewat April namun hanya didedahkan minggu ini.
Menurut suspek, obor-obor tiruan itu dibuat dengan mencampurkan tiga bahan kimia iaitu asid alginic, ammonium alum dan kalsium krorida kontang.
Pegawai berkata, aluminium yang terkandung dalam obor-obor tiruan itu mencecah 800mg iaitu lapan kali ganda yang dibenarkan dalam undang-undang China.
Jabatan Makanan dan Keselamatan Dadah Polis Huzhou berkata, penggunaan terlalu banyak aluminium boleh menyebabkan kerosakan saraf dan tulang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: