KOTA BHARU - Kawalan selamatan di Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand kini dipertingkat berikutan sungai itu menjadi cetek dan dikhuatiri memudahkan pihak tertentu memasuki negara ini secara haram.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Azhar Muhamad Yusof berkata berikutan cuaca panas melampau ketika ini dan sungai itu turut dibanjiri penduduk untuk 'bermain air' dan ia dikhuatiri turut menjadi saluran menceroboh oleh pendatang tanpa izin.
"Pemeriksaan rambang perlu bagi mengenal pasti individu yang berada di tebing Sungai Golok sama ada mereka warga negara kita ataupun warga negara jiran.
"Sekiranya mereka adalah warga Thailand atau warga asing, mereka tidak dibenarkan masuk ke negara ini ataupun naik ke tebing sungai," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pihaknya juga telah meminta Angkatan Tentera Malaysia dan agensi berkaitan supaya memperketat lagi kawalan di kawasan tebing Sungai Golok.
Berikutan airnya yang cetek, penduduk beramai-ramai mengambil kesempatan untuk meranduk sungai berkenaan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: